Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.jur] | کجور

Definisi : keras kaku, kejang (tubuh), tegak dan keras (rambut); terkejur terlunjur dlm keadaan kejang atau kaku (spt mayat yg terbaring): Pinang Peribut pun balik ke hujung balai ~ tiga hari tiga malam tidak bangun. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.jur] | کجور

Definisi : sj ikan darat, tengas, Acrossocheilus hexagonolepis. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.jur] | کجور

Definisi : keras dan kaku (bkn mayat, tubuh dll); tegak dan keras (rambut). terkejur terlunjur dlm keadaan yg kejang (spt mayat yg terbaring). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kejur (adjektif)
Bersinonim dengan tegang, kejang, kercau, berkiat, kaku dan keras, tidak boleh dilentur, tegak dan keras;,

Puisi
 

Terunglah berat tangkainya kejur,
     Rama-rama di punca kain;
Seorang ke Barat seorang ke Johor,
     Sama-sama mencari lain.


Lihat selanjutnya...(10)

Pantun

PantunSumberTema
Terunglah berat tangkainya kejur, Rama-rama di punca kain; Seorang ke Barat seorang ke Johor, Sama-sama mencari lain.Kurik Kundi Merah SagaPerantauan
Orang meraih di Lubuk Johor, Ketam padi nakhoda Acheh; Hitam manis rambutnya kejur, Mari kita bertambat kasih.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Orang mengail di Lubuk Jauhar, Ketam padi di petak Salleh; Hitam manis berambut kejur, Tempat abang menumpang kasih.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Kaki melila panjang disepak, Orang mengail di Lubuk Johor; Sudah kubanding muda segak, Hitamlah manis rambutnya kejur.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Sayang Cik Cepa mudik bergalah, Panjang sifat di lubuk jauh; Barang siapa menjadi salah, Hitam manis rambutnya kejur.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Panjang sifat kaki melela, Orang meraih di Lubuk Johor; Di mana tempat hatimu gila, Hitam manis rambutnya kejur.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Kacang sepat kaki melela, Orang meraih di lubuk Johor; Di mana tempat hati gila, Hitam manis rambutnya kejur.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta

Kembali ke atas