Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. pengembara: negeri itu bernama Pandan Salas akan tetapi sudah dialahkan oleh seorang ~ bernama Kuda Nestapa; ~ perajurit perajurit yg mengembara; 2. gelaran kebesaran berasal dr Bugis (mis Datuk Kelana Sungai Ujung); berkelana = mengelana mengembara, merantau: aku sentiasa miskin, sentiasa ~; perkelanaan perihal (perbuatan dsb) berĀ­kelana, pengembaraan: ia hanya wujud dlm impian utk memungkinkan aku meneruskan ~ ini? (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
kelana (kata nama)
Bersinonim dengan pengembara, orang perantauan, perantau, pelimbang, orang asing;,
Kata Terbitan : berkelana,

Puisi
 

Bujang kelana mandi subuh,
     Dari pagi tidak berhenti;
Bagaimana hati tak gundah,
     Semalam-malam tidak berhenti.


Lihat selanjutnya...(2)

Pantun

PantunSumberTema
Datuk Kelana pergi menangguk, Tersangkut tangguk di sauh kapal; Saya umpama orang mengantuk, Apatah lagi disorong bantal.Kurik Kundi Merah SagaPeribahasa
Bujang kelana mandi subuh, Dari pagi tidak berhenti; Bagaimana hati tak gundah, Semalam-malam tidak berhenti.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Orang berdedai menjaja kain, Kain pelekat beraneka warna, Abang bagaikan kelana miskin, Miskin melarat hidup merana.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Orang berdedai menjala hiu, Ikan mengganas sepanjang tahun; Abang bagaikan kelana lalu, Siang berpanas malam berembun.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta

Kembali ke atas