Kait kelapa kukur kelapa, Kupas ubi buat pengat; Hendak kulupa tak terlupa, Kerana budi sudah terpahat. | Kurik Kundi Merah Saga | Budi |
Jangan diharap kelapa puan, Kelapa puan kelapalah Bali; Jangan diharap adinda tuan, Makanya tuan siapa lagi. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Pulut manis santan kelapa, Buah kelapa sudah dikukur; Mulut manis tangan meraba, Sudah meraba dibawa tidur. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Boleh ganti bunga kelapa, Bunga kelapa di Padang Jongok; Boleh cari ibu dan bapa, Siapa pula nak mengaku anak? | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Kelapa muda rumah Megat, Mari makan bulan puasa; Badan muda biarlah ingat, Sementara belum rosak binasa. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
Kelapa menjadi santan, Asal santan menjadi minyak; Jika ada buah termakan, Burung liar menjadi jinak. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Kelapa muda muda juga, Kelapa tua dibuat inti; Suka suka juga, Sembahyang kita jangan dihenti. | Kurik Kundi Merah Saga | Agama |
Kupas kelapa isi diparut, Kelapa dibeli kedai Cina; Kalau tidak emas disalut, Intan tak boleh angkat nama. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Nyiur tunggal kelapa tunggal, Tindan menindan kelapa manis; Berpeluk tinggal bercium tinggal, Tinggal abang jangan menangis. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Harap-harap kelapa puan, Sudah puan kelapa Bali; Sudah harap kepada tuan, Sudah tuan siapa lagi. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |