Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.lé.bang] | کليبڠ

Definisi : (kelébang); ubi ~ sj tumbuhan (ubi), Dioscorea alata. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kelebang

Puisi
 

Dari Kelebang ikan gelama,
     Dalam peti beras dikisau;
Abang pergi terlampau lama,
     Hati saya bertambah risau.


Lihat selanjutnya...(7)

Pantun

PantunSumberTema
Dari Kelebang pergi ke Daik, Dari Daik terus ke Melaka; Kalau abang berhati baik, Sanak saudara semua suka.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Dari Kelebang ikan gelama, Dalam peti beras dikisau; Abang pergi terlampau lama, Hati saya bertambah risau.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
9Gunung dari Kelebang, Sampai ke Jeddah membawa guni; Jangan sebarang ikut abang, Abang sudah ada bini.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Duduk di tanah Kelebang, Curi daging makanan Cik Tahir; Berapa deras dipukul gelombang, Belum mabuk ikan di air.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Kalau keledek dari kelebang, Rumah mau tertakal-takal; Kalau adik sayang abang, Abang belikan emas sejengkal.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Laju-laju perahu laju, Laju mari sampai Kelebang; Lipat kain lipat baju, Saya mahu ikut abang.Kurik Kundi Merah SagaJenaka

Kembali ke atas