Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.li] | کلي

Definisi : sj ikan darat, Clarias batrachus; bagai ~ kena ketuk prb bersungut-sungut dgn tidak tentu biji butirnya; spt ~ dua selubang prb seorang perempuan yg mempunyai dua orang kekasih. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.li] | کلي

Definisi : , = ikan ~ nama sj ikan darat, Clarias batrachus. ~ kayu Clarias botracus. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata keli

Puisi
 

Ikan keli mati di laut,
     Banyak lemak berlinang-linang;
Tangan kiri menyapu habuk,
     Tangan kanan mengunjuk pinang.


Lihat selanjutnya...(9)
Peribahasa

Bagai keli kena ketuk.

Bermaksud :

Bersungut-sungut dengan tiada tentu hujung pangkalnya.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Pantun

PantunSumberTema
Jaik hati mengail keli, Keli dikail di bawah batang; Jaik hati mengenang diri, Diri dikenang si anak dagang.Kurik Kundi Merah SagaPerantauan
Ikan keli mati di laut, Banyak lemak berlinang-linang; Tangan kiri menyapu habuk, Tangan kanan mengunjuk pinang.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Ikan keli silimbat batang, Pinang muda dari Patani; Lepas saya tali panjang, Punca ada dimarahnya kami.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Sayang mas melor dengan mas keli, Buang abu terbang sekawan; Meminta teguh memegang janji, Sama paku lantak ke papan.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Ikan kelah mudik ke hulu, Ikan keli naik ke darat; Zaman setelah zaman dahulu, Orang berjanji jangan diharap.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Apa dirisau abang diikat, Oleh membeli jeragan keli; Sudah hati adik terpikat, Jahat abang tidak peduli.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Budak-budak ramai menimba, Dapat banyak si ikan keli; Karam di laut dapat ditimba, Karam di hati susah sekali.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Hendak mengada majlis bergendang, Minta kebenaran di Rumah Pasung; Hendak menangkap ikan terbang, Terlepas keli terlepas baung.Pantun Melayu SarawakBerniaga
Rumah besar di Ulu Langat, Tempat duduk anak Cik Mamat; Kalau betul lemah semangat, Tak boleh bercampur keli bersengat.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran

Kembali ke atas