Hanyut pandan tiga kelopak, Satu kelopak dipancing rokan; Malam ini sudahlah kunampak, Intan kugenggam menjadi sekam. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Wangilah kelopak bunga melati, Sesudah gugur baru dipangkas; Hati bengkak dihina bini, Sesudah tidur baru dibalas. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Hanyut pandan tiga kelopak, Orang mengail diolak tamban; Entah di mana badan tercampak, Saya menyanyi meninggalkan zaman. | Kurik Kundi Merah Saga | Perantauan |
Bunga cempaka digubah intan, Pecah kelopak di dalam perahu; Surat dibuka dari lipatan, Seorang makhluk jangan diberitahu. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
Bunga cempaka baunya wangi, Pucuknya lebat kelopak mekar; Tanda orang tua tahukan diri, Duduk beradat tegaknya benar. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Bunga kenanga kembang sekaki, Rupanya molek kelopak mekar; Sungguhpun lama abang menanti, Mengapa adik tak beri khabar. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Burung kedidi burung kelicap, Makan nisan kelopak jantung; Suruh Nabi bawa mengucap, Pada Allah tempat bergantung. | Kurik Kundi Merah Saga | Agama |
Anak labi makan mengecap, Beri makan kelopak jantung; Pada nabi saya mengucap, Pada Tuhan saya bergantung. | Kurik Kundi Merah Saga | Agama |
Mengail ke buntut jamban, Dapat pandan tiga kelopak; Bermain ingatkan zaman, Entah di mana badan tercampak. | Kurik Kundi Merah Saga | Perantauan |
Ular lidi turun bertapa, Mari bertapa di kelopak kayu; Tidak menjadi tidak mengapa, Jangan saya diberi malu. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |