Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : ; ~-kemik Jk komak-kamik (komatĀ­-kamit): mulutnya ~-kemik membaca doa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kemak

Juga ditemukan dalam:


Pantun

PantunSumberTema
Yang kemak dibawa bersolek Sudah cantik nampak segarnya; Orang pekak dibawa berbisik, Salah bisik awak ditamparnya.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Ayam denak terbang tinggi, Pial besar suaranya lantang; Dalam kemak orang mengeji, Bawa bersabar supaya tenang.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Biji cempedak boleh direbus, Sudah masak sedap rasanya; Hati kemak kasih terputus, Duduk tegak gelap dunianya.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Waktu hujan awan pun gelap, Suntuk langkah dada pun kemak; Mahu berjalan badan berkurap, Duduk di rumah mentua galak.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Zaman katak di bawah tempurung, Langit tinggi dipandang rendah; Fikiran kemak laki pun pesung, Setiap hari terang berbantah.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Sarat sampan isinya banyak, Salah kira karamnya cepat; Sesat iman hatinya kemak, Salah bawa karam di darat.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Air dangkal ikannya jinak, Ditangkap orang setiap hari; Hati mengkal dada pun kemak, Mengharap abang datang ke mari.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Air pasang datang menyenak, Sampan berlabuh di tepi tebing; Hati pusang orang pun kemak, Jangan disuruh duduk berunding.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Buruk parang dimakan karat, Besi rosak hulu pun goyang; Buruk orang melupakan adat, Hati kemak malu pun hilang.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Buah keras dibuat rempah, Dipetik orang sesudah masak; Sudah puas mengikat sumpah, Adik membelakang hatiku kemak.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
12

Kembali ke atas