Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : ; mengembara pergi ke mana-mana (dgn tidak tetap tempat kediaman dan tidak tentu pula tempat yg ditujui), bertualang, menjelajah: bertahun-tahun ia ~ dr sebuah negara ke negara lain; mengembarai mengembara (menjelajah) di: ~ negara-negara Asia; pengembaraan 1. perihal (perbuatan) meĀ­ngembara: cerita yg mengisahkan ~ seorang putera raja; 2. tempat mengembara, tempat yg dijelajahi; pengembara orang yg mengembara: David Livingstone ialah seorang ~ yg terkenal. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : ; mengembara pergi ke mana-mana; menjelajah: Mereka akan ~ ke negara itu. Bagaimanakah caranya manusia ~ sebelum ada kenderaan? mengembarai mengembara di; menjelajahi: Mereka berazam utk ~ seluruh dunia. pengembaraan perbuatan atau hal mengembara: ~ beliau ke Kutub Selatan hampir-hampir gagal. pengembara orang yg mengembara; penjelajah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kembara
Kata Terbitan : mengembara, mengembarai, pengembaraan, pengembara,


Pantun

PantunSumberTema
Ini bulan bahasa, Kembara seluruh negara, Anak jadi mangsa, Ibu kena dera.Pantun Melayu SarawakNasihat
Dalam hutan dara, Banyak rumput kuda; Diam-diam kembara, Banyak ilmu di dada.Pantun Melayu SarawakNasihat

Kembali ke atas