Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.me.nyan] | کمڽن

Definisi : dupa atau getah drpd sj tumbuhan (Styrax benzoin) yg harum baunya apabila di­bakar, luban jawi; jenis-jenisnya: ~ arab, ~ hantu, ~ hitam, ~ merah, ~ putih, ~ serani; belum (sudah) diasapi ~ belum (sudah) berkahwin; apakah gunanya ~ sebesar tungku kalau tidak dibakar = ~ sebesar lutut, jika tidak dibakar manakan berbau prb tidak ada gunanya ilmu pengetahuan yg disimpan sahaja dan tidak diajarkan kpd orang lain; gaharu dibakar, ~ berbau prb memperlihatkan kele­bihan supaya dipercayai orang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.me.nyan] | کمڽن

Definisi : ; akar ~ hantu sj tumbuhan (po­kok memanjat), Dioscorea pyrifolia. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.me.nyan] | کمڽن

Definisi : sj ikan laut; ®kemejan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.me.nyan] | کمڽن

Definisi : dupa atau getah dr beberapa jenis pokok (berbau harum apabila dibakar): ~ arab; ~ hantu; ~ hitam. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kemenyan

Peribahasa

Gaharu dibakar kemenyan berbau.

Bermaksud :

Memperlihatkan kelebihannya supaya dipercayai orang.

 

Lihat selanjutnya...(6)


Pantun

PantunSumberTema
Naik perahu belayar ke seberang, Menuju belukar menebang kayu; Bukan tak tahu zaman sekarang, Gaharu dibakar kemenyan berbau.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran

Kembali ke atas