Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.mu.ning] | کمونيڠ

Definisi : sj tumbuhan (pokok); ~ gajah = ~ badak = ~ limau sj tumbuhan (pokok), ketengah, Merrillia caloxylon; ~ jantan hutan sj tumbuhan (pokok), mata keli jantan, Canthium confertum; ~ lada sj tumbuhan (pokok), Murraya peniculata (exotica). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kemuning

Puisi
 

Kemuning kayu di rimba,
     Mari digenggam padam baranya;
Putih kuning tidur di riba,
     Bentangkan tikar banyak bahayanya.


Lihat selanjutnya...(7)

Pantun

PantunSumberTema
Kemuning dibuatkan bendul, Semakin ditarah semakin baru; Nasi kuning berpagar telur, Itulah makanan pengantin baru.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Kemuning kayu di rimba, Mari digenggam padam baranya; Putih kuning tidur di riba, Bentangkan tikar banyak bahayanya.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Tinggi Bukit Langgang Puan, Tempat kemuning rampak jua; Buat sembilan pulau sembilan, Lenggangnya kini nampak jua.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Hitam-hitam si tampuk manggis, Sayang kemuning gugur bunganya; Sungguh hitam dipandang manis,hitam manis/pandang Putih kuning apa gunanya.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Hitam-hitam si tampuk manggis, Bunga kemuning luruh di hulu; Hitam-hitam kupandang manis, Putih kuning tinggal dahulu.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Hitam-hitam si tampuk manggis, Bunga kemuning gugur bunganya; Hitam-hitam kupandang manis, Putih kuning tiada gunanya.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Perahu siapa cat kuning, Sarat muat kundur labu; Biar pecah hulu kemuning, Pantang undur dari kelambu.Kurik Kundi Merah SagaJenaka

Kembali ke atas