Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : sj tumbuhan (pokok renek), Rhodomyrtus tomentosa; ~ akar sj tumbuhan (pokok memanjat), akar senduduk, Marumia nemorosa; ~ bukit = akar ~ = akar ~ bukit sj tumbuhan (pokok memanĀ­jat), senduduk halus, Anplectrum divaricatum; ~ cina sj tumbuhan (pokok kecil), Lochnera (Vinca) rosea; rotan ~ sj tumbuhan (palma), rotan cincin, rotan duduk, rotan gelang, rotan kerai, rotan perupuh, rotan segera, rotan tunggal, Daemonorhops geniculatus. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : nama sj pokok renek yg buahnya boleh dimakan, Rhodomyrtus tomentosa. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kemunting

Puisi
 

Kejat-kejat dari Patani,
     Kemunting dari Kemaman;
Besar hati datang ke mari,
     Hendak menyunting bunga di taman.


Lihat selanjutnya...(4)

Pantun

PantunSumberTema
Teras Kemunting haluan perahu, Tanam tebu hutan seberang; Angkat kening memberitahu, Bolehkah jumpa sama seorang?Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Kejat-kejat dari Patani, Kemunting dari Kemaman; Besar hati datang ke mari, Hendak menyunting bunga di taman.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Putik pauh dari Permatang, Bunga kemunting dari Kiaman; Dari jauh saya datang, Hendak menyunting bunga di taman.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Hendak mandi telaga mana, Telaga darat Padang Kemunting; Hendak berbini si muda mana? Mulut birat betisnya bunting.Kurik Kundi Merah SagaJenaka

Kembali ke atas