Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.nan] | کنن

Definisi : ; berkenan 1. bersetuju di hati, berasa gembira (puas hati, senang hati): maka Sultan Mansor Shah pun ~ mendengar bunyi surat itu; ~ pd = ~ di hati disukai (diminati, disenangi): yg mana ~ pd encik, ambillah; buat masa ini belum ada gadis yg ~ di hati Nasir; 2. (kata kehormatan yg digunakan utk raja atau orang atasan dgn maksud) bersetuju (melakukan sesuatu, menunaikan permintaan utk), sudi: Duli Yang Maha Mulia Sultan telah ~ meletakkan batu asas bangunan itu; memperkenankan mengizinkan, melulus­kan, menyetujui, memakbulkan (bkn Tuhan): tidaklah dapat ia ~ permintaan Wirja; semoga doamu itu akan diperkenankan Tuhan; perkenanan perkenan; perkenan izin (keizinan), kelulusan, kere­laan, persetujuan; ~ diraja persetujuan rasmi yg diberikan oleh Yang di-Pertuan Agong, Sultan, Yang Dipertua Negeri dsb, mis per­kenan Yang di-Pertuan Agong terhadap rang undang-undang yg dibahaskan dan diluluskan oleh Parlimen utk membolehkannya menjadi suatu undang-undang atau akta. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.nan] | کنن

Definisi : 1. tanda atau cacat pd kulit (anggota, tubuh, dll) semenjak lahir, cenangga; 2. keganjilan tertentu (pd gerak-geri, kelakuan, dll) bawaan semenjak lahir atau kecil; ~ anjing keganjilan tentang suara (spt tangisan yg menyerupai salakan anjing dll); ~ kera keganjilan tentang gerak-geri (menyerupai gerak-geri kera). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.nan] | کنن

Definisi : ; berkenan 1 bersetuju di hati; gemar; suka: Ambillah buku itu jika engkau ~. 2 dgn suka hati; sudi: Baginda ~ menyampaikan hadiah kpd pemenang-pemenang dlm pertandingan itu. memperkenankan menyebabkan jadi berkenan akan; membenarkan; meng-izinkan; menyetujui: Aku berdoa semoga Tuhan ~ permintaanmu itu. perkenan izin atau persetujuan yg diberikan oleh seseorang atau sesuatu pihak supaya sesuatu arahan dpt dilaksanakan. ~ diraja izin atau persetujuan drpd Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong, Sultan, Yang Dipertua Negeri dsb utk melaksanakan sesuatu arahan atau utk menguatkuasakan sesuatu undang-undang. ~ Duli Yang Maha Mulia izin atau persetujuan drpd Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong utk melaksanakan sesuatu arahan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ke.nan] | کنن

Definisi : 1 tanda atau cacat pd badan seseorang semenjak ia dilahirkan. 2 sifat (gerak-geri, kelakuan) ganjil yg terdapat pd seseorang semenjak kecil. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kenan


Pantun

PantunSumberTema
Pakai tarbus orang Jerman, Pakaian lama menjadi kain; Barang yang lepas mintaklah kenan, Dalam kenan hak orang lain.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta

Kembali ke atas