| Bagaimana kucing tidak meragai, Kera melapah babi menyerang; Bagaimana kencing tidak terburai, Mentua pemarah bini pemberang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
| Wangi sekali minyak jelantan, Enak digoreng bersama kerak: Laki bini tegak berbantah, Anak kencing mentua terberak. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
| Yang pelaut disuruh berenang. Mencari todak berserta kepiting; Orang penakut disuruh berperang, Tahi berserak mencurah kencing. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
| Yang peradang disuruh bertaubat. Supaya yang salah menjadi soleh: Orang penggamang disuruh memanjat. Celananya basah kencing meleleh. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
| Orang menjala ikan belanak, Dapat seekor puntang-panting; Kalau kahwin janda beranak, Habis kepala kena kencing. | Kurik Kundi Merah Saga | Jenaka |