Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ken.di] | کندي

Definisi : sj bekas air yg bermuncung (bercerat) dan bertangkai (dibuat drpd tembikar atau tin). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ken.di] | کندي

Definisi : ; burung ~ 1. sj burung gajah, burung pisau raut, Numenius phaeopus variegaus; 2. sj burung, burung raut, Numenius arquata ocientalis. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ken.di] | کندي

Definisi : bekas air yg bermuncung dan bertangkai (biasanya dibuat drpd tembikar atau logam). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kendi

Puisi
 

Hendak diminum di dalam kendi,
     Kendi berada di dalam kaca;
Jangan dipujuk jangan dipuji,
     Di dalam puji saya terkena.


Lihat selanjutnya...(7)

Pantun

PantunSumberTema
Encik Elok minum di kendi, Kendi berisi minyak lenga; Apa dipujuk abang berbudi, Dalam berbudi banyak terkena.Kurik Kundi Merah SagaBudi
Hendak diminum di dalam kendi, Kendi berada di dalam kaca; Jangan dipujuk jangan dipuji, Di dalam puji saya terkena.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Pok-pok bunga di kendi, Dalam kendi berkaca bunga; Ikut turut mengenal budi, Dalam budi saya terkena.Kurik Kundi Merah SagaBudi
Gok-gok minum di kendi, Dalam kendi dibubuh bunga; Saya teruk kerana budi, Dalam budi saya terkena.Kurik Kundi Merah SagaBudi
Gok-gok minum di kendi, Di dalam kendi berisi bunga; Gilalah mabuk kerana budi, Di dalam budi saya terkena.Kurik Kundi Merah SagaBudi
Perahu saya muat kendi, Jangan diliuk dilenggang lagi; Kami jahat biar pergi, Jangan cinta dikenang lagi.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Air keruh telaga keruh, Air di kendi membasuh kaki; Tuan jauh saya pun jauh, Sama kita menahan hati.Kurik Kundi Merah SagaPerantauan

Kembali ke atas