Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
kenduri (kata nama)
Bersinonim dengan moreh, lat, penjamuan makan, doa selamat, sedekah, tolak bala.,

Puisi
 

Anak dara menumbuk pandan,
     Membuat kuih hidangan kenduri;
Ilmu yang baik jadikan teladan,
     Segala yang buruk letak ke tepi.


Lihat selanjutnya...(6)

Pantun

PantunSumberTema
Kalau kenduri berlama-lama, Pakailah talam tanda menghidang; Kalau negeri tak berulama, Bagaikan malam tiada berbintang.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Beli mangkuk buat kenduri, Panggil lebai serta aji; Masa berkokok sama berlari, Tak boleh bercampur biring bertaji.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Minum makan orang di balai, Kenduri besar berhelat jamu; Belum kupesan sudah sampai, Hati berdebar bercampur malu.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Sapu tangan berbelang-belang, Dibawa orang dalam kenduri; Maluku bukan alang kepalang, Kerana abang mungkirkan janji. null null null nullKhazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Anak dara menumbuk pandan, Membuat kuih hidangan kenduri; Ilmu yang baik jadikan teladan, Segala yang buruk letak ke tepi.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Padi pulut dari permatang, Diambil orang buat kenduri; Buah hati kekasih orang, Tak kulupa sampai ke mati.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Cik Siti buat penganan, Penganan dibuat untuk kenduri; Bilalah hati sudah berkenan, Orang lain tak usah peduli.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Biarpun lading di tanah seberang, Elok berakit untuk kenduri; Biarpun senang di rumah orang, Elok bersakit di pondok sendiri.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Kain biru pengesat tangan, Orang berjamu di rumah kenduri; Mata beradu lalu berpandangan, Kita bertemu baru sekali.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Ada untungnya pergi menuai, Dapat padi hidup pun senang; Ada untungnya menjadi lebai, Di mana kenduri dijemput orang. null null null nullKhazanah Pantun Melayu RiauJenaka

Kembali ke atas