Sirandah daunnya hijau, Ambil sepenggal akan pelacut; Tinggi rendah mata meninjau, Akan mencari lawanan patut. | Kurik Kundi Merah Saga | Kepahlawanan |
Anik-anik daun kedayan, Sungguhnya anik pembungkus nasi; Anik-anik kedayan, Sungguhnya anik berani mati. | Kurik Kundi Merah Saga | Kepahlawanan |
Tetak atap disusun jangan, Buluh muda sedang mengkawan; Sudah minta undur jangan, Badan muda sedang melawan. | Kurik Kundi Merah Saga | Kepahlawanan |
Tetak atap disusun jangan, Buluh muda sedang mengkawan; Sudah didekat undur jangan, Orang muda segan melawan. | Kurik Kundi Merah Saga | Kepahlawanan |
Selagi langit payungi awan, Hujan juga merintis embun; Selagi sampai segala tujuan, Badan binasa musuh berembun. | Kurik Kundi Merah Saga | Kepahlawanan |
Saya malas berkepuk ladang, Kepuk tidak berisi padi; Saya malas berambut panjang, Sebab tidak berani mati. | Kurik Kundi Merah Saga | Kepahlawanan |
Raja bermadah mandi bersiram, Burung merpati terbang sila; Berapa lama tuah ayam, Mati gelanggang bujang juara. | Kurik Kundi Merah Saga | Kepahlawanan |
Patah atap kerana buluh, Atap dijalin dengan tali; Patah sayap bertongkat paruh, Namun undur pantang sekali. | Kurik Kundi Merah Saga | Kepahlawanan |
Muatan sarat beribu bungkal, Hendak berniaga negeri besar; Sayap kukerat taji kutinggal, Kiri kanan habis kucakar. | Kurik Kundi Merah Saga | Kepahlawanan |
Memang jala menangkap ikan, Pasir kita tempat bermain; Memang saya nak tunjukkan, Kalau berani mari bermain. | Kurik Kundi Merah Saga | Kepahlawanan |