Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.pa.yang] | کڤايڠ

Definisi : sj tumbuhan (pokok) yg bijinya me­mabukkan, buah keluak, Pangium edule; ~ air a) sj tumbuhan (pokok), Crataeva lophosperma (membranifolia); b) sj tumbuh­an (pokok), kelat tanduk, medang ketukuk, meroyan, Ixora fluminalis; c) sj tumbuhan (pokok renek), jarum merah, mata pelanduk, sepati, Ixora arguta; d) sj tumbuhan (pokok), jambu batu paya, sempedu burung, Gardenia carinata; e) sj tumbuhan (pokok renek), jambu air, jenjarum, Gardenia tentaculata; ~ hantu sj tumbuhan (pokok), kelembai, kemantu hitam; ~ ipil sj tumbuhan (pokok), kepayang air, sempedu burung; akar ~ a) sj tumbuhan (pokok memanjat), kelempayang, Hodgsonia capniocarpa; b) sj tumbuhan (pokok menjalar), akar lokan, kayu keleka singga, sentuh, Trichosanthes tricuspidata; mabuk ~ a) mabuk kerana makan kepayang; b) ki hilang ingatan atau lupa akan dirinya (kerana jatuh cinta dll); umpama buah ~, dimakan mabuk dibuang sayang prb sesuatu yg disayangi tetapi merosakkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.pa.yang] | کڤايڠ

Definisi : nama sj pokok atau buahnya (biji buahnya memabukkan), Pangium edule. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kepayang

Puisi
 

Sayang kepayang tumbuh di batu,
     Buluh hutan dibelah-belah;
Kasih dan sayang boleh ditentu,
     Jodoh pertemuan di tangan Allah.


Lihat selanjutnya...(15)
Peribahasa

Sayang buah kepayang,
     dimakan mabuk dibuang sayang.

Bermaksud :

Keadaan yang serba salah dalam menghadapi kekasih atau isteri yang curang.

 

Lihat selanjutnya...(9)


Pantun

PantunSumberTema
Pagi mengambil buah kepayang, Kepayang direndam dalam telaga; Berapa panjang Sungai Rajang, Hati bercinta direnang juga.Pantun Melayu SarawakKasih
Sayang-sayang kepayang, buah kepayang, Dimakan mabuk sayang, dibuang sayang; Bukan mabuk kepayang, buah kepayang, Mabuk terpandang sayang, wajahmu sayang.Pantun Melayu SarawakBergendang
Sayang kepayang buah kepayang, Mari taruh atas peti; Kalau sama kasih sayang, Biar kita hidup semati.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Orng hutan berburu, pergi berburu, Dapat sedikit kepayang, buah kepayang, Kalau di hati cemburu, rasa cemburu, Salah sedikit melayang, tapak melayang.Pantun Melayu SarawakBergendang
Kepayang dijemur dibalik-balikkan, Cendawan putih sedap dimakan; Yang buta huruf dicelik-celikkan, Bantuan pelajaran Kerajaan sediakan.Pantun Melayu SarawakSetia Bangsa
Sayang kepayang tumbuh di batu, Buluh hutan dibelah-belah; Kasih dan sayang boleh ditentu, Jodoh pertemuan di tangan Allah.Kurik Kundi Merah SagaAgama
Buah kepayang dari Senggarang, Pergi Separut membuat wajik; Dulu kaya sombong dan garang, Sekarang papa semua mengejek.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Di mana kepayang yang gugur, Dengar akan bunyi labuknya; Di mana si dayangku tidur, Dengar akan bunyi jua batuknya.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Dalam perahu ajat kepayang, Dibuat gulai sedap dimakan; Bukan tak tahu diri menumpang, Tidur sebantak dengan tuan.Pantun Melayu SarawakKasih
Apalah tanda buah kepayang, Siapa merasa lidahnya pedih; Apalah tanda si tua miang, Bersua perawan ludah meleleh.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
1234

Kembali ke atas