Kera tercium bau setanggi, Harum wangi seluruh belantara; Bendera tetap dijulang tinggi, Aman Negara hidup sejahtera. | Pantun Melayu Sarawak | Setia Bangsa |
Anak kera mencuri manggis, Matanya pedih kena je1atang; Awak tertawa hati menangis, Kerana kekasih dibawa orang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Bagaimana kera tidak termenung, Pisang diperam dimakan kuda; Bagaimana mata tidakkan cengkung, Siang malam mengintai janda. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Anak kera masuk ke kebun, Nampak manggis tertawa-tawa; Awak dah tua mata pun rabun, Nampak gadis tergila-gila. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Anak kera masuk ke negeri, Duduk menangis sakit kepala; Awak dah tua tak tahu diri, Menengok perawan bangkit selera. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Anak kera masuk ke negeri, Duduk di tangga rumah lubalang; Awak dah tua tak tahu diri, Menengok perawan mabuk kepayang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Anak kera masuk ke negeri, Ramailah budak jadi menangis; Awak dah tua tak tahu diri, Memakai bedak berlapis-lapis. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Selama kera masuk ke desa, Banyaklah babi mati terjerat; Selama raja mabuk kuasa, Banyaklah menteri jadi penjilat. null null null null | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Selama kera berdagang sambal, Banyak penduduk pergi membeli; Selama raja kehilangan akal, Banyaklah beruk jadi menteri. null null null null | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Sejak kera masuk negeri, Anak merbah jadi merajuk; Sejak ketua sibuk mencuri, Anak buah jadi perampok. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |