Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.ra.mat] | کرامت

Definisi : 1. kemuliaan (iaitu anugerah Allah kpd hamba-Nya yg dikasihi); 2. suci dan berkat drpd kemuliaan seseorang sehingga menyebabkan doanya diperkenankan Allah (spt penyembuhan penyakit dan perlindungan Allah): makam Habib Noh di Singapura diziarahi orang kerana dianggap makam yg ~; 3. tempat atau sesuatu yg suci dan (diper­cayai) dapat mendatangkan hikmat: banyak orang yg pergi ke ~ utk meminta sesuatu dan bernazar; minta ~ minta berkat (restu) dr tempat yg keramat; 4. orang yg sangat warak, orang yg benar-benar soleh: jikalau sungguh mati Chau Pandan, sungguhlah tuan ~; ~ hidup orang yg berperangai baik, ikhlas, dan jujur serta tidak suka melakukan sesuatu yg menyakiti hati orang; mengkeramatkan menjadikan (mengang­gap) spt keramat, meletakkan pd kedudukan yg amat disanjung; kekeramatan sifat keramat, kesucian dan keberkatan: Pawang Kri masih percaya kpd ~ manteranya utk menewaskan buaya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.ra.mat] | کرامت

Definisi : 1 suci (bkn manusia) dan berkat kesuciannya ia dpt melakukan sesuatu yg ajaib, spt dpt menyembuhkan penyakit. 2 tempat atau sesuatu yg dianggap suci (dan dipercayai dpt mengadakan sesuatu yg ajaib). ~ hidup orang yg berperangai baik, ikhlas dan jujur serta tidak suka melakukan sesuatu yg menyakiti hati orang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata keramat

Puisi
 

Mengail bawah keramat,
     Dapat seekor ikan kerayu;
Abang belayar biar selamat,
     Tinggallah bunga atas kelambu.


Lihat selanjutnya...(9)
Peribahasa

Merajuk kepada yang kasih.

     Manja kepada yang sayang,
berkaul kepada yang keramat.

Bermaksud :

Berbuat sesuatu hendaklah sesuai dengan tempat dan keadaannya, supaya perbuatan itu berhasil dengan baik. (Peribahasa lain yang sama makna: Berkaul kepada [= ke tempat] keramat).

 

Lihat selanjutnya...(3)


Pantun

PantunSumberTema
Akar keramat akar bertuah, Akar bertepuk di gua batu; Nabi Muhammad cintakan Allah, Di mana tuan masa itu?Kurik Kundi Merah SagaAgama
Mengail bawah keramat, Dapat seekor ikan kerayu; Abang belayar biar selamat, Tinggallah bunga atas kelambu.Kurik Kundi Merah SagaPerantauan
Sipitang batu keramat, Tempat orang menjemur padi; Langit bergulung tanda kiamat, Kami tidak mungkirkan janji.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Buaya putih buaya keramat, Mari tentang lubuk batu; Abang putih melawa sangat, Saya tidak memberi malu.Kurik Kundi Merah SagaJenaka
Laut darat dijilat api, Ikan mati keramat tak jadi; Tergulung langit menimpa bumi, Barulah saya mungkirkan janji.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Masuk ke hutan mencari rotan, Singgah berhenti keramat datuk; Begini garang jalak di medan, Dari mana datang berkokok.Kurik Kundi Merah SagaKepahlawanan
Ayang-ayang kepalanya pecah, Nampak dari Tanjung Keramat; Kasih sayang bercerai sudah, Minta air doa selamat.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Air hangat telaga mendidih, Banyak orang hilang keramat; Hemat-hemat lagu nak boleh, Tengok adik jinak sangat.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Banyaklah padi hanyut ke tanjung, Takkan sama ke tanjung keramat; Banyaklah nabi patut disanjung, Takkan sama menyanjung Nabi Muhammad.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Pokok renek sarang penyengat, Melayi layu di tengah hari; Pujuk nenek kata keramat, Jadilah cucu payung negeri.Pantun Melayu SarawakNasihat
12

Kembali ke atas