Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : (kérang); ~-keroh a) = ~-kerut erang-erot, kepang-kepot; b) sangat curang, suka menipu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : sj tiram; jenis-jenis: ~ batu; ~ bulu; ~ kera; ~ lumpur dll; ~ busuk ki (sering kali) tersengih-sengih (tertawa) dgn tidak menentu; kerang-kerangan berbagai-bagai jenis bi­natang yg berkulit kapur (spt siput, lokan, tiram, dll): mereka mencari ~ di pantai; berkerang mencari kerang; pe(r)kerangan 1. longgokan (timbunan) kerang, bukit drpd kerang-kerangan; 2. ber­bagai-bagai jenis kerang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : ark; batu ~ batu karang; pinggan ~ pinggan kasar; kerang-kerangan batu yg disusun (dibaris­kan) menjadi titian (pd tempat yg lecak atau berlumpur); ®karang I. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : Kl keras, menjadi keras (bkn buah). (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : sj tiram yg berkulit keras: ~ batu. ~ lumpur Arca granosa. ~ busuk ki tersengih-sengih atau tertawa dgn tidak menentu. kerang-kerangan berbagai-bagai jenis binatang yg berkulit kapur (spt siput, lokan). berkerang mencari kerang (di pantai). perkerangan 1 bermacam-macam jenis kerang. 2 timbunan atau longgokan kerang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kerang

Puisi
 

Kulit kerang asalnya kapur,
     Anak Batak pandai menari;
Letak apa belanga ke dapur,
     Kalau masak angkat ke mari.


Lihat selanjutnya...(13)

Pantun

PantunSumberTema
Adik-adik memungut kerang, Kerang dicuci dengan berus; Itik di kolam sama berenang, Lepas ke sungai menyonsong arus.Pantun Melayu SarawakNasihat
Tengah hari mengambil kerang, Kerang penuh sebakul rotan; Tanah ada diduduk orang, Sayangku tinggal di tanaj setinggan.Pantun Melayu SarawakNasib
Jangan suka meratah kerang, Kerang dipanci menelan cika; Jangan suka memfitnah orang, Orang benci Tuhan pun murka.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Sulit sungguh mencari kerang, Kerang dicari disela batu; Sakit sungguh menanti abang, Abang dinanti tak mahu tahu.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Petang hari mengutip kerang, Kerang dikutip si anak Cina; Bukan takut mati berpedang, Hati bimbang hidup merana.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Ingat-ingat mencari kerang, Mencari kerang ada tempatnya; Ingat-ingat di negeri orang, Negeri orang ada adatnya.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Hari Minggu kuda, berlombak kuda, Budak-budak kerang, memungut kerang; Kalau hati tergoda, sudah tergoda, Tidak peduli orang, kekasih orang.Pantun Melayu SarawakBergendang
Kulit kerang asalnya kapur, Anak Batak pandai menari; Letak apa belanga ke dapur, Kalau masak angkat ke mari.Kurik Kundi Merah SagaJenaka
Mengapa banyak kerang di pantai, Kerana yu menangkap ketam; Mengapa banyak orang bercerai, Kerana penghulu merayap malam.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Apabila hendak meratah kerang, Bila tak ingat termakan cika; Apabila awak difitnah orang, Janganlah cepat bermasam muka.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
123

Kembali ke atas