Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.ran.jang] | کرنجڠ

Definisi : sj bakul besar yg dianyam kasar­kasar: Amir datang dgn sebatang kayu pengandar dan dua buah ~; ~ orang bakul tempat diisi orang; ~ sampah bakul sampah; bola ~ Id permainan bola yg menggunakan keranjang sbg gol; mata ~ ki sangat suka melihat perempuan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.ran.jang] | کرنجڠ

Definisi : bakul besar yg dianyam drpd buluh atau rotan tempat menyimpan barang-barang: ~ sampah bakul besar tempat sampah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata keranjang

Puisi
 

Nenek Lowek menjual sirih,
     Sirih dijual Jambatan Panjang;
Cantik molek kami tak pilih,
     Asallah jangan mata keranjang.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Hendak dimasukkan ke dalam sumpit tak maut;
     ke dalam keranjang longgar.

Bermaksud :

Sesuatu yang tidak sempurna menyebabkan keadaan menjadi sukar.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Pantun

PantunSumberTema
Sedang keranjang lagi tak penuh, Kononkan sumpit nak diisi; Turun dijenjang lagi mengeluh, Kononkan bukit kan didaki.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Nenek Lowek menjual sirih, Sirih dijual Jambatan Panjang; Cantik molek kami tak pilih, Asallah jangan mata keranjang.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Apek Luek memakan sirih, Sirih dijual jambatan panjang; Cantik molek kami tak pilih, Syukur jangan mata keranjang.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Cik Buang pergi ke kedai, Belikan saya sebatanglah tiang; Jangan kata saya tak pandai, Mata tak tentu mata keranjang.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta

Kembali ke atas