Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata keras;

Puisi
 

Anak enggang terbang sepuluh,
     Hinggap mari dahan berduri;
Sungguh keras buku buluh,
     Dimakan bubuk habis sekali.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Keras ditakik,
     lunak disudu.

Bermaksud :

Perintah haruslah dilakukan dengan segala kebijaksanaan.

 

Lihat selanjutnya...(39)


Pantun

PantunSumberTema
Elok parang besinya keras, Besi keras kuat menebang; Elok orang hatinya ikhlas, Hati ikhlas adat terpandang.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Buah keras dibuat rempah, Dipetik orang sesudah masak; Sudah puas mengikat sumpah, Adik membelakang hatiku kemak.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Yang keras bertulang, Yang lunak berdaging; Yang ikhlas terbilang, Yang tamak tergiling.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Elok tombak kerana disepuh, Disepuh dengan baja yang keras; Elok anak kerana diasuh, Diasuh dengan bekerja keras.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Adat Melayu pantang berkeras, Keras dan paksa sifatnya syaitan; Jahatlah laku orang pemeras, Memeras bangsa dilaknat Tuhan.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Kencang-kencang angin selatan, Keras sampai tepi kota; Biar miskin tidak makan, Asal terpasang api pelita.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Sulit sungguh memotong kayu, Apabila keras tangan pun sakit; Sakit sungguh menanggung rindu, Dunia yang luas terasa sempit.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Payah sungguh bermain silat, Kerana guru terlalu keras; Sudah berpuluh kukirim surat, Tiada satu yang adik balas.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Beras jati beras asli, Sedap dimakan diwaktu pagi; Keras hati tidak peduli, Untung tidak bertambah rugi.Pantun Melayu SarawakNasihat
Anak enggang terbang sepuluh, Hinggap mari dahan berduri; Sungguh keras buku buluh, Dimakan bubuk habis sekali.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
123

Kembali ke atas