Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kering,,,,,

Puisi
 

Kucing kurus menggaru papan,
     Papan bernama papan jati;
Kurus kering bukan tak makan,
     Kurus kering memakan hati.


Lihat selanjutnya...(25)
Peribahasa

Kering tempayan,
     cebok pun jauhlah.

Bermaksud :

Setelah harta ibu bapanya habis, anak-anak pun menjauhkan diri.

 

Lihat selanjutnya...(40)

478

When the wolf comes in at the door, love creeps out of the window

Apabila timbul masalah kewangan, perasaan kasih pada seseorang itu mulai lenyap.

Ada wang abang sayang, tak ada wang abang melayang.

She told me that nothing would come between me and her. But, we wereoff then. When my money ran dry, the sweet smile which used to greet me when I came back from work now turned sour. Who said that when poverty comes in at the door, love flies out of the window? Even the pots and pans started to fly out from every windows and door!

Katanya, tiada apa yang dapat memisahkan kami berdua. Itu dahulu tatkala kami hidup mewah. Apabila kocekku mula kering, senyuman manis yang selama ini menyambut kepulanganku kini berubah menjadi cuka. Kasih menjadi benci. Kami bertengkar setiap hari. Siapa kata, ada wang abang sayang, tak ada wang abang melayang? Periuk belanga pun turut sekali terbang melayang keluar tingkap dan pintu!

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(4)

Pantun

PantunSumberTema
Kalau memanggang bersela-sela, Kalau menjemur kering-kering; Kalau tegang berjela-jela, Kalau kendur berdenting-denting.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Siapa kata lada tak kering, Lama-lama kering juga; Siapa kata dia tak kahwin, Lama-lama kahwin juga.Kurik Kundi Merah SagaJenaka
Kucing kurus menggaru papan, Papan bernama papan jati; Kurus kering bukan tak makan, Kurus kering memakan hati.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Bagaimana kuali takkan kering, Bila minyaknya tidak ditambah; Bagaimana hati takkan runsing, Bila akhlaknya banyak menyalah.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Pasang surut pantai pun kering, Senanglah orang berjalan kaki; Orang patut pandai berunding, Sengketa hilang amanlah negeri.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Jika kulurut padiku ini, Akan kering air siraman; Jika kuturut hatiku ini, Akan kutinggal kampung halaman.Pantun Melayu SarawakNasib
Subur melati kembang menguntum, Daun kering jatuh bertabur; Suami berkahwin isteri tersenyum, Tidak bergigi makan bubur.Pantun Melayu SarawakKasih
Asap api nampak bergumpal, Padang kering sudah menyala; Hasrat hati hendak berkenal, Orang berpaling apalah daya.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Kalau adik menutuh kepung, Pokok kering si pokok mengkudu; Kalau abang balik ke kampung, Adik di sini menanggung rindu.Kurik Kundi Merah SagaPerantauan
Bunga sena kuning mencelah, Daun kering jatuh bersepah; Saya yang hina buang sebelah, Hidup di dunia bagai sampah.Kurik Kundi Merah SagaAdat
1234

Kembali ke atas