| Keris saya keris sempena, Pakaian anak raja Kelantan; Sirih saya datang bertanya, Ada tidak menaruh intan. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
| Keris sempena Ganja Iras, Bisanya empat puluh hari; Ke mana panglima muda berhias, Menegak adil membela diri. | Kurik Kundi Merah Saga | Kepahlawanan |
| Keris sempena ganja menampang, Pakaian anak raja Melayu; Banyak-banyak pergi berdagang, Bencana banyak mendaun kayu. | Kurik Kundi Merah Saga | Perantauan |
| Keris pandak panjang lima, Pakai anak raja Melayu; Saya hendak sudah lama, Hendak khabar hati malu. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
| Keris kecil menikam ular, Keris besar menikam singa; Dari kecil tak hendak belajar, Sudah besar tertanya-tanya. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
| Sarung keris bertatah permata, Seni budaya orng sunglap; Orang berilmu ibarat pelita, Tetap bercahaya dalam gelap. | Pantun Melayu Sarawak | Ilmu |
| Keris panjang mata tirus, Ulu keris nampak bersilang; Serta pasang dengan arus, Bergerak surut pasangnya hilang. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
| Tukang besi membuat keris, Ditempa dengan api yang panas; Berulang kali surat kutulis, Mengapa tuan tiada membalas. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
| Tujuh hari membuat keris, Hari malam terasa lemas; Tujuh kali surat kutulis, Sekali haram tiada dibalas. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
| Katuh basikal berdua-dua, Susuk keris besi waja; Hebih berita tentang Pak Tua, Masuk mahkamah merogol remaja. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |