Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.ruh.ke.ruh] | کروه٢

Definisi : sj agas. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata keruh-keruh

Puisi
 

Air keruh telaga keruh,
     Air kunyit pencuci kaki;
Adik jauhabang pun jauh,
     Tidur seminit dimasuk mimpi.


Lihat selanjutnya...(9)
Peribahasa

Jikalau di hulu airnya keruh,
     tak dapat tidak di hilirnya keruh juga.

Bermaksud :

Jikalau dari mula sudah kusut maka sukarlah untuk menyelesaikan; kalau sudah biasa jahat maka jahat juga kesudahannya. (Bandingkan dengan: Di hulu keruh di hilir pun tentu keruh juga).

 

Lihat selanjutnya...(20)

304

Forgive and forget

Lupakan dendam lama atau perselisihan lalu, sebaliknya mulakan lembaran baru.

Buang yang keruh, ambil yang jernih

We are avoiding each other, and getting ourselves all worked up every time we stumble onto each other? Don't bear grudges, let forgive and forget .

Mengapakah kita mengelakkan diri antara satu sama lain, dan naik marah apabila bersua muka? Usahlah berdendam, buang yang keruh, ambil yang jernih.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(4)

Pantun

PantunSumberTema
Air keruh bertambah keruh, Musim kemarau semakin panjang: Hatiku rusuh bertambah rusuh, Kerana risau menunggu abang.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Air keruh telaga keruh, Air di kendi membasuh kaki; Tuan jauh saya pun jauh, Sama kita menahan hati.Kurik Kundi Merah SagaPerantauan
Air keruh telaga keruh, Air kunyit pencuci kaki; Adik jauhabang pun jauh, Tidur seminit dimasuk mimpi.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Anak penghulu pergi ke baruh, Sampai ke baruh membeli raga; Kalau di hulu air keruh, Di hilir pun keruh juga.Kurik Kundi Merah SagaPeribahasa
Air keruh ikan pun mati, Untuk menjadi datang penyakit; Hati rusuh badan pun lesi, Duduk mengaji tentulah sulit.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Apabila di hulu airnya keruh, Tentu di hilir kan keruh pula; Apabila selalu mencari musuh, Tentu akhirnya bergaduh semua.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Gali cacing di Kampung Cina, Pergi mengail keruh airnya; Timbang dacing kena sukatnya, Baru berniaga boleh lama.Kurik Kundi Merah SagaPerniagaan
Kalau nak pancing ikan sembilang, Di air keruh tepi karang; Jalak berkokok tak putus selang, Biring yang mana tak nak radang.Kurik Kundi Merah SagaJenaka
Kemana lagi ikan berenang, Air yang jernih menjadi keruh; Ke mana lagi badan menumpang, Kekasih hati dah pergi jauh.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
jika memetik buah petola, Ambil biji jadikan benih; Jika keruh air di kuala, Seribu tahun tidakkan jernih.Pantun Melayu SarawakNasihat
12

Kembali ke atas