Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.ta.huan] | کتاهوان

Definisi : 1. (sudah) diketahui, dikenali: sejak mula sudah ~ bahawa kau bukan kuli kontrak sembarangan; 2. telah didapati, kedapatan, terbukti: apabila diperiksa ~ pula bahawa si Bidin itu ialah anak Allahyarham Haji Hamdan; 3. terang, nyata, jelas: tidak ~ apa hendak dibuatnya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
tahu (kata kerja)
1. Bersinonim dengan maklum: faham, mengerti, mengetahui, sedar, mengakui, enga,
Berantonim dengan jahil

2. Bersinonim dengan kenal: cam, ingat, mengenal pasti,

3. Bersinonim dengan mengambil peduli: mempedulikan, mengendahkan, menghiraukan, mengambil hirau, mengacuhkan, mengambil berat, mengambil tahu, mengambil pusing,
Berantonim dengan membiarkan

Kata Terbitan : tahu-tahu, mengetahui, ketahuan, berketahuan, pengetahuan, berpengetahuan,

Peribahasa

Busuk berbau,
     jatuh berdebuk.

Bermaksud :

Perbuatan yang buruk lambat-laun akan ketahuan juga.

 

Lihat selanjutnya...(9)


Pantun

PantunSumberTema
Itik putih di Padang Basai, Luruh bulu baru bertelur; Adik Putih ini tak ketahuan pasai, Senyum dulu baru tegur.Kurik Kundi Merah SagaJenaka

Kembali ke atas