Display virtual keyboard interface
 

Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : tertutup (terkatup) rapat-rapat atau kuat-kuat; ~ mulut terkancing mulut, kejang mulut; mengetam, mengetamkan mengetap, me­ngatupkan rapat-rapat, mengapit; ~ bibir (mulut) mengatupkan bibir (mulut) rapat­-rapat; pengetam sj angkup atau penyepit, cunam. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : , = pengetam pisau tidak berhulu utk menuai padi; tuai. mengetam memotong padi dgn ketam; menuai: Ayah turun ke sawah ~ padi. pengetaman perbuatan atau hal mengetam; penuaian. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ketam I

Puisi
 

Ketam padi jerami tinggi,
     Ketam pula balik pulau;
Kalau tiada kami di sini,
     Siapa pula teman bergurau.


Lihat selanjutnya...(24)
Peribahasa

Manis udang,
     maka ketam direbus tak merah?

Bermaksud :

Menipu dengan mengubah-ubahkan perangai, kelakuan atau rupanya.

 

Lihat selanjutnya...(8)


Pantun

PantunSumberTema
Banyak ketam perkara ketam, Ketam rejang corak beragi; Banyak hitam perkara hitam, Hitam manis memutus hati.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Beli ketam di luar kota, Masak sedikit campur rebung; Mabuk pitam awal bercinta, Penyakit lain dapat ditanggung.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Cermin damit kami mulanya, Ditangkap ketam patah kaki; Mulanya kamilah yang punya, Sudah sekarang lain ganti.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Cik tuan pergi ke laut, Bawalah balik ketam betina; Kalau cik tuan menjadi rambut, Bolehlah saya menjadi bunga.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Anak dara di tebing sungai, Duduk menjerat ketam batu; Manis rupa elok perangai, Tolong pilih yang mana satu.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Api apa di teluk itu, Api orang membakar ketam; Laki siapa dipeluk itu, Laki orang pinang semalam.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta

Kembali ke atas