Orang kaya naik pedati, Ketawa jangan tidak berhenti; Saya berjaya masuk universiti, Awak tinggal cekalkan hati. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |
Makan kenyang terasa nikmat, Gelak Ketawa ganti-berganti; Membilang undang mengaji adat. Membuka mata menerangi hati | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Beras basah mari taburkan, Pengantin diarak gelak ketawa; Puas sudah hamba hiburkan, Hati rindu terkenang jua. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Buah rambutan setangkai ranum, Mari dimakan bulan puasa; Tuan ketawa saya tersenyum, Hendak ditegur belum biasa. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Kalau bertenun secara kembang, Limau kerbau masak merekah; Kalau bersenyum ketawa dek orang, Ambil tuk lebai baca nikah. | Kurik Kundi Merah Saga | Jenaka |
Sayang serindit punai di Jawa, Permainan anak permaisuri; Pelepah jatuh pucuk ketawa, Pangkal juga menahan diri. | Kurik Kundi Merah Saga | Jenaka |
Mari dikait sarang tempua, Anak tiung pandai meniti; Hamba duduk gelak ketawa, Untuk mencari penghibur hati. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Betik manis buah papaya, Manis tidak dapat kulupa; Riuh rendah sorak ketawa, Saya seorang berdukacita. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Bagaimana mengail udang, Lepas ditarik dienjut pula; Bagaimana bermain bujang, Lepas senyum ketawa pula. | Kurik Kundi Merah Saga | Jenaka |
Nampak rendang pokok belimbing, Gugur buah tepi telaga; Berapa senang berbini sumbing, Kalau marah ketawa juga. | Kurik Kundi Merah Saga | Jenaka |