Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ketiak

Puisi
 

Masa emak mudik ke hulu,
     Buat sunting bunga kenerak;
Masa emak buat baju,
     Bubuh sikit bawah ketiak.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Di bawah ketiak orang.

Bermaksud :

Di bawah kekuasaan orang.

 

Lihat selanjutnya...(11)


Pantun

PantunSumberTema
yang disebut baju menyalah, Ketiak nampak susu terjulur; Orang tak takut berbuat salah, Merosak akhlak tak mahu jujurKhazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Waktu siang banyak merokok, Kerana banyak menerima tamu; Mahu meminang ketiak busuk, Bila ditolak tentulah malu.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Sayang pinggan retak seribu, Bila diisi nasinya tumpah; Sayangnya tuan ketiak berbau, Bila beristeri bininya muntah.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Wali bukan sebarang wali, Wali anak mahu menikah; Wangi bukan sebarang wangi, Wangi ketiak bau pelimbah.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Susahlah hati anak tenggiri, Tekak sakit mata pun sayu; Susahlah hati hendak berbini Ketiak hangit dada berbulu.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Ukur bukan sebarang ukur, Ukur membuat baju baru; Uzur bukan sebarang uzur, Uzur melihat ketiak berbuluKhazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Uncang bukan sebarang uncang, Uncang kita banyak berduit; Bujang bukan sebarang bujang, Bujang tua ketiak hangit.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Mengapa kakinya menjadi bengkok, Terpijak jarum bengkak jadinya; Mengapa bininya menjadi mabuk, Tak tahan mencium ketiak lakinya.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Tumbuh betung di tepi pantai, Pantainya tempat berburu todak; Sungguh untung laki bermisai, Misainya dapat menyapu ketiak.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Zaman emak mudik ke hulu, Ikan kekek makanan biawak; Zaman emak menjahit baju, Lekat sikit bawah ketiak.Kurik Kundi Merah SagaJenaka
12

Kembali ke atas