| yang disebut baju menyalah, Ketiak nampak susu terjulur; Orang tak takut berbuat salah, Merosak akhlak tak mahu jujur | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
| Waktu siang banyak merokok, Kerana banyak menerima tamu; Mahu meminang ketiak busuk, Bila ditolak tentulah malu. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
| Sayang pinggan retak seribu, Bila diisi nasinya tumpah; Sayangnya tuan ketiak berbau, Bila beristeri bininya muntah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
| Wali bukan sebarang wali, Wali anak mahu menikah; Wangi bukan sebarang wangi, Wangi ketiak bau pelimbah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
| Susahlah hati anak tenggiri, Tekak sakit mata pun sayu; Susahlah hati hendak berbini Ketiak hangit dada berbulu. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
| Ukur bukan sebarang ukur, Ukur membuat baju baru; Uzur bukan sebarang uzur, Uzur melihat ketiak berbulu | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
| Uncang bukan sebarang uncang, Uncang kita banyak berduit; Bujang bukan sebarang bujang, Bujang tua ketiak hangit. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
| Mengapa kakinya menjadi bengkok, Terpijak jarum bengkak jadinya; Mengapa bininya menjadi mabuk, Tak tahan mencium ketiak lakinya. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
| Tumbuh betung di tepi pantai, Pantainya tempat berburu todak; Sungguh untung laki bermisai, Misainya dapat menyapu ketiak. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
| Zaman emak mudik ke hulu, Ikan kekek makanan biawak; Zaman emak menjahit baju, Lekat sikit bawah ketiak. | Kurik Kundi Merah Saga | Jenaka |