Duka resah usah dikenang, Kemboja puspa harum kenanga; Ketika susah ketika senang, Kita lupa akan rahmat-Nya. | Pantun Melayu Sarawak | Agama |
Kitang terkenal gua pertapa, Sungai Kuap airnya tenang; Kita umat selalu lupa, Ketika susah ketika senang. | Pantun Melayu Sarawak | Agama |
Ketika jerebu melanda Negara, Hari siang bagaikan petang; Kupohon hujan turun sementara, Hujan turun ributpun datang. | Pantun Melayu Sarawak | Umum |
Ketika panas jemurkan jala, Bunga Rafflesia dikarang jangan; Ketika Aceh ditimpa bala, Malaysia segera memberi pertolongan. | Pantun Melayu Sarawak | Rampai Tsunami |
Tuailah padi ketika masak, Tengokkan padi jauh-jauh; Imbaulah kami ketika nampak, Esok bercerai berjalan jauh. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Di waktu panas ketika rembang, Hujan ribut awan dan mega; Penglipur lara penawar bimbang, Ingatan abang tidak dua tiga. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Buah manggis masaknya hitam, Ketika muda kulitnya hijau; Tuah habis muka pun lebam, Kerana suka membuat kacau. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Air tenang dibawa belayar, Ketika balik jaring direntang; Hati bercabang dada berdebar, Menengok adik dijeling orang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Pasang surut mencari lokan, Ketika itu tak ada airnya; Orang patut menjadi teladan, Kerana tahu membawa dirinya. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Asam pauh asam pulasan, Ketika bambangan balu; Meskipun jauh berkirim pesan, Pesan jangan dibuang lalu. | Kurik Kundi Merah Saga | Perantauan |