Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
ketika (kata nama)
Bersinonim dengan waktu, masa, jam, saat, tatkala, zaman, abad, kurun, kala, dewasa, tempoh;,
Kata Terbitan : seketika, berketika,

Puisi
 

Asam pauh asam pulasan,
     Ketika bambangan balu;
Meskipun jauh berkirim pesan,
     Pesan jangan dibuang lalu.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Ketika gagak putih,
     bangau hitam.

Bermaksud :

Kiasan pada zaman yang sudah silam.

 

Lihat selanjutnya...(18)

210

The wheel of fortune is forever in motion

Nasib manusia tidak pernah tetap, yakni sentiasa berubah-ubah, ada kalanya baik dan ada kalanya buruk.

Air pun ada pasang surutnya, takkan pasang selalu dan surut senantiasa

During her heyday on the silver screen, she was the nation's top actress, and she basked in luxury and fortune. Unfortunately, the wheel of fortune is forever in motion, and the disaster struck after her twentieth film.

Ketika zaman kegemilangannya dalam industry perfileman, dialah pelakon wanita nombor satu Negara, dan dia dilimpahi kemewahan dan kekayaan.Malangnya, air pun ada pasang surutnya, takkan pasang selalu dan surut senantiasa , dan bencana datang selepas filemnya yang ke dua puluh.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(8)

Pantun

PantunSumberTema
Duka resah usah dikenang, Kemboja puspa harum kenanga; Ketika susah ketika senang, Kita lupa akan rahmat-Nya.Pantun Melayu SarawakAgama
Kitang terkenal gua pertapa, Sungai Kuap airnya tenang; Kita umat selalu lupa, Ketika susah ketika senang.Pantun Melayu SarawakAgama
Ketika panas jemurkan jala, Bunga Rafflesia dikarang jangan; Ketika Aceh ditimpa bala, Malaysia segera memberi pertolongan.Pantun Melayu SarawakRampai Tsunami
Tuailah padi ketika masak, Tengokkan padi jauh-jauh; Imbaulah kami ketika nampak, Esok bercerai berjalan jauh.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Ketika jerebu melanda Negara, Hari siang bagaikan petang; Kupohon hujan turun sementara, Hujan turun ributpun datang.Pantun Melayu SarawakUmum
Di waktu panas ketika rembang, Hujan ribut awan dan mega; Penglipur lara penawar bimbang, Ingatan abang tidak dua tiga.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Buah manggis masaknya hitam, Ketika muda kulitnya hijau; Tuah habis muka pun lebam, Kerana suka membuat kacau.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Air tenang dibawa belayar, Ketika balik jaring direntang; Hati bercabang dada berdebar, Menengok adik dijeling orang.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Pasang surut mencari lokan, Ketika itu tak ada airnya; Orang patut menjadi teladan, Kerana tahu membawa dirinya.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Asam pauh asam pulasan, Ketika bambangan balu; Meskipun jauh berkirim pesan, Pesan jangan dibuang lalu.Kurik Kundi Merah SagaPerantauan
123

Kembali ke atas