| Apabila suka mencangkung, Cepatlah koyak seluar; Apabila suka menyombong, Cepatlah nama tercemar. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
| Apabila menyenduk gulai, Jangan kuahnya tumpah; Apabila duduk beramal, Jangan suka memfitnah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
| Apabila membeli hati, Beli bersama empedal; Apabila mencari rezeki, Carilah secara halal. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
| Apabila menyukat lada, Jangan sampai terbuang; Apabila mendapat laba, Jangan melupakan orang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
| Apabila menyukat padi, Hitungnya jangan salah; Apabila mendapat rezeki, Bersyukur kepada Allah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
| Apabila menengok pending, Jangan cepat dijamah; Apabila duduk berunding, Jauhkan sifat pemarah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
| Apabila menengok lepat, Jangan cepat dipegang; Apabila duduk muafakat, Jangan mengumpat orang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
| Apabila meratah salai, Ingat terkena tulang; Apabila di tengah balai, Ingatlah petuah orang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
| Apabila menyenduk pengat, Jangan ada yang terbuang; Apabila duduk muafakat, Janganlah suka meradang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
| Apabila duduk menulis, Jangan mematah kalam; Apabila duduk di majlis, Jangan berlidah tajam. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |