Niat hati menjerat kijang, Kijang sudah mati terbunuh; Hajat hati memikat abang, Abang sudah pergi menjauh. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Petang-petang kijang berjalan, Kijang mencari daun lana; Petang-petang bujang berjalan, Bujang nak cari anak teruna. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Kijang kuning di tengah belukar, Disalak mari anjing Belanda; Meski di dalam padang terbakar, Adik seorang aku tak lupa. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Anak kijang menelan bara, Tupai terkencing di pintu sarang; Anak bujang dan anak dara, Bagai kucing menunggu panggang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Anak kijang mula berdiri, Jatuh terlentang disengat lebah; Awak pincang bawa berlari, Bumi terbentang senget sebelah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Yang lari kijang, Yang dipelelah rusa; Yang dicari bujang, Yang menyerah duda. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Berlari bukannya kijang, Pandan terjemur di bumbungan; Berbunyi bukannya riang, Badan terkenang di peruntungan. | Kurik Kundi Merah Saga | Perantauan |
Lentik sungguh pipi kijang, Anak rusa minum di mangkuk; Adik kecil dadanya bidang, Tempat abang bersandar mabuk. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Aur lentik dijinak kijang, Anak Jawa minum di mangkuk; Keningnya lentik dadanya bidang, Anak muda dipanah mabuk. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Sejak terlanda ke kaki kijang, Banyaklah kandis gugur malam; Sejak janda berlaki kan bujang, Banyak gadis tak tidur malam. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |