Mari ditaruh di kocek lipat, Mari ditaruh di kocek baju; Luka di tangan dapat diubat, Luka di hati siapa tahu. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Jika roket naik ke langit, Salah simpang ke Planet Hawa; Jika kocek tidak berduit, Memang malang memang kecawa. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |
Kalau tuan pergi ke rakit, Bunga raya dalam celepa; Kalau tak ada ringgit di kocek, Taruh boyan tak jadi apa. | Kurik Kundi Merah Saga | Jenaka |
Duduk termenung di waktu petang, Padang selasih ditumbuh kangkong; Sudah nasib diriku malang, Sedang berkasih kocek kosong. | Pantun Melayu Sarawak | Nasib |
Tidak hinggap di pohon ara, Buang sebaris ayat dikarang; Tiada ilmu kira-kira, Wang habis di kocek orang. | Pantun Melayu Sarawak | Ilmu |
Meluap ke sana meluap ke sini, Korek tanah korek lombing, Supa ke sana suap ke sini, Kontrak tak dapat kocek kosong. | Pantun Melayu Sarawak | Kiasan |