| Anak kodok di atas batu, Anak bubut patah kaki; Berdagang hidup sementara waktu, Bercerai maut berpisah abadi. | Kurik Kundi Merah Saga | Perantauan |
| Anak kodok tepi perigi, Buah rambai dalam baldi; Biar buruk rupa diri, Asalkan pandai mengambil hati. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
| Anak kodok di atas papan, Mati dipatuk si ular sawa; Enak sungguh mimpikan tuan, Serasa menjenguk pintu syurga. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |