Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kon.trak] | کونترک

Definisi : 1. perjanjian formal dgn syarat-syarat tertentu antara dua pihak atau lebih: menandatangani ~ perdagangan antara syarikat; buruh ~ buruh yg terikat oleh perjanjian bekerja dgn majikan; mendapat ~ mendapat hak dgn berdasarkan perjanjian utk mengurus (menjual dll), mendapat hak (mengurus dll sesuatu) dgn ikatan perjanjian; mengikat ~ mengikat perjanjian berdasarkan kontrak; 2. dokumen yg mengandungi syarat-syarat perjanjian ini: ~ hadapan; ~ niagaan ke depan; 3. cabang undang-undang yg berkaitan dgn kontrak; ~ hadapan (Eko) perjanjian urus niaga antara pembeli dgn penjual yg bersetuju berjual beli komoditi atau mata wang pd masa akan datang; ~ niagaan ke depan (Eko) kontrak pembelian atau penjualan komoditi, mata wang, indeks, dan instrumen kewangan yg dibuat utk dipenuhi pd tarikh tertentu masa akan datang; ~ sosial a) persetujuan yg telah dicapai antara pihak-pihak yg berkepenti­ngan utk membentuk sebuah masyarakat yg padu dan sejahtera dgn setiap pihak bersedia bertolak ansur serta mengetepikan kepen­tingan peribadi tertentu; b) (Udg) persetujuan rakyat utk menyerahkan kebebasan individu sbg balasan kpd perlindungan yg diberikan oleh pemerintah dan pemerintah mesti memerintah selaras dgn hasrat rakyat; berkontrak berkaitan dgn, terkandung dlm atau berdasarkan kontrak: tuntutan ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kon.trak] | کونترک

Definisi : perjanjian mengenai perdagangan (syarat bekerja dll): Kedua-dua buah syarikat itu telah menandatangani satu ~ perdagangan. ~ hadapan ist perjanjian urus niaga antara pembeli dgn penjual yg bersetuju berjual beli komoditi atau mata wang pd masa akan datang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kontrak (kata nama,)
Bahasa Asal :Inggeris
1. Bersinonim dengan perjanjian: ikatan, persefahaman, persetujuan,

2. Bersinonim dengan dokumen: syarat perjanjian, fasal perjanjian.,



Pantun

PantunSumberTema
Hendak cepat pakai kereta, Jangan pergi berkawan-kawan; Harap dapat kontrak berjuta, Angan dipasang setinggi awan.Pantun Melayu SarawakKiasan
Cari beca cari Ah Lo, Batu dikorek pakai gerudi; Beli kereta beli banglo, Tahu-tahu kontrak tak jadi.Pantun Melayu SarawakKiasan
Meluap ke sana meluap ke sini, Korek tanah korek lombing, Supa ke sana suap ke sini, Kontrak tak dapat kocek kosong.Pantun Melayu SarawakKiasan

Kembali ke atas