Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kotor;

Peribahasa

Kotor dicuci,
     berabu dijentik.

Bermaksud :

Apa yang tiada baik dan yang buruk hendaklah dibuang atau dilupakan saja.

 

Lihat selanjutnya...(6)


Pantun

PantunSumberTema
Jika tak lekas merendam baju, Tudung kepala kotor semua; Jika tak lepas rindu dendamku, Kujunjung dunia kukejar juga.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Bagaimana kaki tak kena lumpur, Bila berjalan tidak berkasut; Bagaimana hati tindakkan kotor, Bila perjanjian tidak diikut.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Kalau hendak membeli kain, Jangan dibeli kain luntur; Kalau awak jadi pemimpin, Jangan sekali bermain kotor.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Mengapa pula menjerang nasi, Kerana perut sudah kebulur; Mengapa banyak orang berkelahi, Kerana mulut berbicara kotor.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Laut luas ombak menggunung, Mau berlayar sampan pun bocor; Mulut terlepas awak terkurung, Malunya besar nama pun kotor.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Lain kembang lain tangkainya, Tangkai lapuk bunga pun gugur; Lain orang lain perangainya, Perangai buruk nama pun kotor.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat

Kembali ke atas