Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kua.la] | کوالا

Definisi : tempat sungai mengalir masuk ke laut atau tasik, muara: pelabuhan itu terletak di ~ sungai; bandar ~ bandar yg terletak di kuala atau di muara sungai; berkuala bermuara: sungai itu ~ di Selat Melaka. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kua.la] | کوالا

Definisi : penduduk asli Semenanjung Malaysia drpd suku kaum Melayu-Proto yg tinggal di kuala sungai di persisiran pantai selatan negeri Johor. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kua.la] | کوالا

Definisi : tempat sungai bertemu dgn sungai lain atau dgn laut; muara. berkuala ada kualanya; bermuara: Sungai Perak ~ di Selat Melaka. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kuala (kata nama)
Bersinonim dengan muara, mulut sungai, hilir, bambangan, pintu masuk;,
Kata Terbitan : berkuala, ke kuala,

Puisi
 

Kuala Johor jangan diduga,
     Kuala Pekan orang berjudi;
Antara tidur dengan jaga,
     Terasa tuan datang ke mari.


Lihat selanjutnya...(95)

Pantun

PantunSumberTema
Anak cicak Kuala Selambah, Kuala Selambah molek pagi; Abang minta adik tak ambuh, Adik malas berlaki lagi.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Cak tulis Kuala Bintang, Pecung yu lubang juga; Kalau tak boleh hingga petang, Orang tidak kenangkan kita.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Batu Peringgi Kuala Renam, Nampak dari Pasir Raja; Abang pergi menanggung dendam, Adik di rumah rindu sahaja.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Batu langguk Kuala Tembeling, Nampak dari Pasir Tambang; Adik duduk sanggul ke dinding, Bagai bulan baru mengambang.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Berkawan melayang ke kuala, Hinggap mari di dahan duku; Manakala dikenang hatiku gila, Cintakan puteri belahan jiwaku.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Bangsal kongsi di Kuala Nerang, Mengukus serikaya dalam sabut; Kalau benci jangan dikenang, Nama saya jangan disebut.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Asap api di Tanjung Tuan, Kuala Linggi batunya rendah; Hajat hati kepadanya tuan, Langit yang tinggi menjadi rendah.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Adik mandi ke laut jangan, Kuala di laut sangat deras; Adik menyanyi ingat jangan, Kalau diingat sangatnya belas.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Budak-budak pasang mercun, Pasang mari Kuala Muar; Kepada tuan menjadi racun, Dengan saya jadi penawar.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Batang rhu dibuat pagar, Hendak memagar Kuala Kelang; Tujuh guru saya belajar, Hendak menjinak burung terbang.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
12

Kembali ke atas