Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kua.li] | کوالي

Definisi : sj bekas yg biasanya berbentuk mung­kum, bertelinga, dan diperbuat drpd besi, alu­minium, dll utk menggoreng. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kua.li] | کوالي

Definisi : alat yg rata atau jeluk dasarnya yg biasanya dibuat drpd besi dan digunakan sbg bekas utk menggoreng. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kuali

Puisi
 

Rebus ketupat dalam kuali,
     Apa kuahnya rendang kari;
Orang bersahabat di sana sini,
     Tidak luput harumnya di hati.


Lihat selanjutnya...(11)
Peribahasa

Buang kuali ambil belanga.

Bermaksud :

Menceraikan isteri yang jahat, kemudian kahwin dengan perempuan yang lebih jahat lagi; meninggalkan sesuatu yang buruk, mendapat yang buruk pula. (Peribahasa lain yang sama makna: Buang daun keladi, berselimut daun birah).

 

Lihat selanjutnya...(11)


Pantun

PantunSumberTema
Bagaimana kuali takkan kering, Bila minyaknya tidak ditambah; Bagaimana hati takkan runsing, Bila akhlaknya banyak menyalah.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Besarlah kuali dari belanga, Supaya mudah orang merendang; Biarpun hati kami merana, Kerana sumpah abang kukenang.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Bagaimana kuali tidakkan retak, Ditimpa dulang jatuh ke lantai; Bagaimana hati tidakkan rosak, Baru bertunang sudah bercerai.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Kawah kuali minta tudungi, Hendak berisi haruman padi; Kalau sekali kami ampuni, Jangan saja sekali lagi.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Sungguh bertuah kuali tembuk, Banyak diisi takkan melimpah; Sungguh bertuah berlaku gemuk, Diajak berkelahi tegak pun susah.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Sungguh bertuah kuali pesuk, Pesuknya membuat api padam; Sungguh bertuah berbini gemu. Gemuknya dapat menjadi tilam.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Elok-elok menjerang kuali, Kalau tidak binasa gulai; Elok-elok abang berjanji, Kalau tidak kita bercerai.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Rebus ketupat dalam kuali, Apa kuahnya rendang kari; Orang bersahabat di sana sini, Tidak luput harumnya di hati.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Tutup bukan sebarang tutup, Tutup kuali dari tembaga; Hidup bukan sebarang hidup, Hidup berbudi matinya mulia.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Goreng pisang goreng keladi, Mari goreng kuali besi; Anak siapa meronggeng tadi, Cubalah masuk sekali lagi.Kurik Kundi Merah SagaJenaka
12

Kembali ke atas