Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Adakah anda bermaksud : kantan,kuanta,kontan,kantin

Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kuantan

Puisi
 

Terbang merbah dari Kuantan,
     Saya mencaruk telur pipit;
Alangkan sepah saya makan,
     Inikan pula pinang bergigit.


Lihat selanjutnya...(8)
Peribahasa

Karam sambal oleh belacan.

Bermaksud :

Mendapat kerugian kerana perbuatan orang kepercayaannya atau orang yang dikasihinya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Karam Kampar oleh Kuantan, b. Rosak anak oleh menantu).

 

Lihat selanjutnya...(3)


Pantun

PantunSumberTema
Anak Kini turun Kuantan, Tengok anak Kandi berdiri; Sungguh saya anak dagang, Di manakah tempat mengundur diri.Kurik Kundi Merah SagaPerantauan
Terbang merbah dari Kuantan, Saya mencaruk telur pipit; Alangkan sepah saya makan, Inikan pula pinang bergigit.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Terbang merbah dari Kuantan, Hinggap singgah di ranting keduduk; Pinang bulat saya makan, Inikan pula pinang bertampuk.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Orang Cina dari Kuantan, Nak belayar pergi ke Arab; Abang sungguh pandai berpantun, Semua pantun dapat dijawab.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Tinggi-tinggi Bukit Kuantan, Tempat menjemur biji kundur; Abang pergi tidak makan, Adik di rumah haram tak tidur.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Bukit Embung Hulu Kuantan, Tempat buluh perindu; Minta racun saya nak makan, Saya tak tahan menanggung rindu.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Berapa dalam Sungai Kuantan, Hendak menyeberang perahu tidak; Ilmu apa tuan pakaikan, Tidur malam badan tersentak.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Sirih saya sirih Cina, Sirih datang dari Kuantan; Cincin saya cincin bertanya, Ada tidak menaruh intan.Kurik Kundi Merah SagaAdat

Kembali ke atas