Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kuat.kuat] | قوات٢

Definisi : sj tumbuhan (pokok), (asam) riang-riang, kayu bangka, keriang, sesudu paya, yang-yang, Archytaea vahlii. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kuat-kuat

Puisi
 

Kuat ribut malam tadi,
     Sapu tangan jatuh ke laman;
Hajat abang datang ke mari,
     Hendak tidur berbantal lengan.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Sekali merengkuh dayung,
     dua tiga pulau terlampau.

Bermaksud :

Sekali melakukan pekerjaan dua tiga maksud tercapai. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Belayar sambil memapan, merapat sambil belayar, b. Berkayuh sambil bertimba, c. Berkayuh sambil ke hilir, d. Merapat sambil berlayar, berlayar sambil memapan, e. Sambil berdendang, biduk hilir, f. Sambil berdiang, nasi masak, g. Sambil menyelam minum air). rengkuh = menarik kuat-kuat.

 

Lihat selanjutnya...(54)


Pantun

PantunSumberTema
Berguna tiang kerana kuat, Tanda kuat tak mudah patah; Berguna orang kerana beradat, Tanda beradat tak mudah marah.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Berguna tiang kerana kuat, Tanda kuat tahan berpanas; Berguna orang kerana beradat, Tanda beradat berkorban ikhlas.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Berguna tiang kerana kuat, Tanda kuat tahan berhujan; Berguna orang kerana beradat, Tanda beradat tahan berkorban.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Berguna tiang kerana kuat, Tanda kuat tidak berlubang; Berguna orang kerana beradat, Tanda beradat tidak menyilang.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Berguna tiang kerana kuat, Tanda kuat tak mahu lapuk; Berguna orang kerana beradat, Tanda beradat malu merajuk.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Berguna tiang kerana kuat, Tanda kuat tahan berbeban; Berguna orang kerana beradat, Tanda beradat segan-menyegan.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Berguna tiang kerana kuat, Tanda kuat tak mudah patah; Berguna orang kerana beradat, Tanda beradat tidak menyalah.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Berguna tiang kerana kuat, Tanda kuat tegaknya kukuh; Berguna orang kerana beradat, Tanda beradat tidak menyalah.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Kuat ribut malam tadi, Sapu tangan jatuh ke laman; Hajat abang datang ke mari, Hendak tidur berbantal lengan.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Rumah baru sudahlah siap, Tapi dapurnya amat sempit; Kuat burung kerana sayap, Kuat ketam kerana sepit.Kurik Kundi Merah SagaPeribahasa
1234567

Kembali ke atas