Kucing putih kucing Kak Dayang, Makan ketupat di atas tilam; Tubuh putih lehernya jenjang, Itulah tempat jiwa duk hilang. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Ambil limau di tepi beting, Beting ada di kebun limau; Kalau rimau gurunya kucing, Kenapa kucing takutkan rimau? | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Ya ya kucing di rakit, Kucing makan jeruk belimbing; Emak! Emak! Tunangku sakit, Mari intai balik dinding. | Kurik Kundi Merah Saga | Jenaka |
Dua tiga kucing berlari, Tidak sama kucing belang; Sudah lama adik mencari, Tidak sama abang seorang. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Dua tiga kucing berlari, Mana nak sama si kucing belang; Dualah tiga boleh kucari, Mana nak sama tuan seorang. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Dua tiga berlari, kucing berlari, Mana nak sama belang, si kucing belang; Dua tiga kucari, dapat kucari, Mana nak sama seorang, tuan seorang. | Pantun Melayu Sarawak | Bergendang |
Bunyi cengkeri bunti cacing, Bunyi kucing miau-miau; Adik duduk seperti kucing, Adik melompat seperti harimau. | Pantun Melayu Sarawak | Umum |
Kucing kurus meniup api, Api nan tidak mahu menyala; Biarlah kurus asal tak mati, Hati nan tidak menurut kata. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Kucing kurus menghembus api, Sudah hembus padam menyala; Kurus kering kerana susah hati, Kerana telinga tak mendengar kata. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
Kucing putih bernama Rayang, Pagi-pagi menangkap murai; Hati kasih bercampur sayang, Air mata jatuh berderai. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |