Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ku.da.ku.da] | کودا٢

Definisi : 1. penyangga (penopang) papan hitam yg berkaki tiga; 2. kayu penyangga tulang bumbung rumah; 3. kayu palang utk menyangga (kayu yg akan ditarah dll); 4. bahagian senapang atau pistol yg meledakkan peluru; 5. (Muz) penyangga pd alat bunyi­-bunyian (spt biola dll) utk meregangkan tali; 6. kuda-kudaan; 7. (dlm seni mempertahan­kan diri) sikap siaga dgn kedudukan tubuh dan kaki yg bersedia menerima serangan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ku.da.ku.da] | کودا٢

Definisi : , kekuda 1 alat berkaki tiga utk menopang papan hitam. 2 kayu utk menahan bumbung rumah. 3 bahagian senapang atau pistol yg meledakkan peluru. 4 penyangga tali pd alat bunyi-bunyian. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kuda-kuda

Puisi
 

Laksamana naik kuda,
     Kuda datang dari Acheh;
Bukan senang bermain muda,
     Nak ada ilmu yang terpilih.


Lihat selanjutnya...(72)
Peribahasa

Kuda itu kuda juga,
     keldai itu keldai juga.

Bermaksud :

Tiap-tiap suatu itu akan kembali kepada asalnya.

 

Lihat selanjutnya...(32)

Lihat selanjutnya...(1)

Pantun

PantunSumberTema
Kuda-kuda langit, Dekat atas para; Jaga-jaga sedikit, Dekat dengan bapa.Pantun Melayu SarawakUsik-Usik
Bukan kuda sebarang kuda, Kuda sudah biasa bermain; Bukan muda sebarang muda, Muda sudah biasa bermain.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Cumi menunggang kuda-kuda, Ibu menyulam kain sutera; Suami baik selalu waspada, Isteri dibelai dengan mesra.Pantun Melayu SarawakKasih
Laksamana naik kuda, Kuda datang dari Acheh; Bukan senang bermain muda, Nak ada ilmu yang terpilih.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Orang darat menunggang kuda, Kuda ditunggang laju sekali; Buat baik berpada-pada, Buat jahat jangan sekali.Kurik Kundi Merah SagaPeribahasa
Orang Acheh memacu kuda, Kuda dipacu laju sekali; Buat baik berpada-pada, Buat jahat jangan sekali.Kurik Kundi Merah SagaPeribahasa
Raja Bali terajang kuda, Kuda kuning celana kain; Sembilan bulan dikandung bonda, Niatku tidak pada yang lain.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Anak-anak dara, Main kuda-kuda, Anak kena dera, Mak tutup muka.Pantun Melayu SarawakUsik-Usik
Kuda ini kuda biasa, Kuda biasa berjalan malam; Budak ini budak biasa, Buah mabuk hendak dimakan.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Kuda ini kuda biasa, Kuda biasa makan di padang; Budak ini budak biasa, Biasa merebut kekasih orang.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
12345678910...

Kembali ke atas