Kuini ditanam tumbuh renek, Tabur padi dalam reban; Ingatlah pesan datuk nenek, Takbur itu perangai syaitan. | Pantun Melayu Sarawak | Budi Rampaian |
Kuini tumbuh renek, Buah jatuh bertabur, Ini nasihat nenek, Mesti bijak melabur. | Pantun Melayu Sarawak | Jati Diri |
Asam kuini jual di pekan, Pekan bernama Pasar Minggu; Begini nasib untungnya badan, Adik seorang rindu menunggu. | Pantun Melayu Sarawak | Kasih |
Buah kuini masak di batang, Pagi hari banyak yang jatuh; Biar kumati dalam membujang, Kerana menanti adik yang jauh. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Buah kuini masak sedahan, Belum juga jatuh ke tanah; Patah hati rosaklah badan, Kerana adinda tak mahu singgah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Buah kuini di dalam timba, Hendak dibawa ke rumah Cik Kasa; Jalan mati lagi dicuba, Inikan pula jalan biasa. | Kurik Kundi Merah Saga | Kepahlawanan |
Pohon kuini pohon palas, Jatuh kaki haram tak luka; Surat adik abang tak balas, Pantun abang jangan dilupa. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Ambil buah kuini, Panggang ikan seluang; Ambil cabaran ini, Jangan lepas peluang. | Pantun Melayu Sarawak | Setia Bangsa |
Sejak berkuah kuini pandak, Banyaklah udang berhati risau; Sejak orang tua berbini budak, Banyaklah bujang pergi merantau. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Selama dapat kuini muda, Tidak berbau buah mempelam; Selama mendapat bini muda, Tidak mahu lagi keluar malam. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |