Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ku.lim] | کوليم

Definisi : 1. sj tumbuhan (pokok), bebatai, beka, cikih, tampoi hutan, Dysoxylon costulatum; 2. sj tumbuhan (pokok), Scorodocarpus borneensis; ~ akar sj tumbuhan (pokok memanjat), Erythropalum scandens; ~ burung sj tumbuhan (pokok), cikih, kasai paya, pasak lingga, pasak lingga merak, Aphanamixis polystachya; ~ gajah sj tumbuhan (pokok), Dysoxylon spp. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kulim


Pantun

PantunSumberTema
Apa tandanya batang kulim, Batang kulim panjang belahnya; Apa tandanya orang nan alim, Orang alim lapang dadanya.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Kalaulah hilang kulim di rimba, Rosaklah padi dimakan rusa; Kalaulah hilang alim ulama, Rosaklah negeri ditelan dosa.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Kerana ada kulim di rimba, Batang langsat jadi berputik; Kerana ada alim ulama, Orang yang sesat menjadi baik.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Biarlah orang memaku kulim, Kita memaku kendil jelaga; Biarlah orang mengaku alim, Kita mengaku jahil juga.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Kalau tak ada batang kulim, Manakan ada batang keduduk; Kalau tak ada orang nan alim, Manakan ada mendapat petunjuk.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan

Kembali ke atas