| Buah ketapi kulitnya manis, Patah galah dalam paya; Orang lelaki mulutnya manis, Cakap sepatah jangan percaya. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
| Buah keranji kulitnya hitam, Masak sebiji atas peti; Sirih pinang telah dikirim, Sebab boleh kehendak hati. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
| Elok menebang batang terap, Kulitnya dapat pengikat tangga; Elok memandang orang berkurap, Kulitnya bagai kelopak bunga. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
| Siapa makan cubadak, Kulitnya tergantung jua; Siapa adik teragak, Duduk bermenung jua. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
| Sudahlah pinggan diinjak beruk, Kulitnya pula dilapah ayam; Sudahlah makan tidak berlauk, Bininya pula bermuka masam. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
| Mengapa gendang tidak digual Keranan kulitnya terlalu lapuk; Mengapa orang banyak menyesal, Kerana mudanya beraku buruk. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
| Mengapa gendang berbunyi lembab, Kerana kulitnya sudah berlubang; Mengapa orang rosak perangai, Kerana hidupnya suka temberang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
| Mengapa gendang berbunyi lembab, Kerana kulitnya tidak dijemur; Mengapa orang suka menyelap, Kerana hatinya tidak bersyukur. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
| Mengapa gendang tidak dipalu, Kerana kulitnya sudah berkerut; Mengapa orang tidak bermalu, Kerana hatinya sudah berlumut | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
| Buah manggis masaknya hitam, Ketika muda kulitnya hijau; Tuah habis muka pun lebam, Kerana suka membuat kacau. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |