Jika menyukat tidak pandai, Banyak lebih ataupun kurang; Jika adat tidak dipakai, Banyak selisih muka belakang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Jika menyukat tidak pandai, Di kiri banyak di kanan kurang; Jika adat tidak dipakai, Negeri rosak umat berperang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Elok tombak kerana disepuh, Kurang sepuh menjadi majal; Elok anak kerana diasuh, Kurang asuh pasti mendajal. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Bila mencelup kain pelekat, Kurang rata warna ditambah; Bila hidup mempermainkan adat, Orang menista saudara menyumpah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Bila mencelup kain pelekat, Kurang elok diulang lagi; Bila hidup mempermainkan adat, Sebarang duduk orang mengeji. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Bukan mudah orang berhelat, Apa yang kurang harus dicari; Bukan mudah memegang adat, Dada lapang bertulus hati. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Bila meniup bara api, Kurang cermat muka terbakar; Bila hidup tiada berbudi, Orang mengumpat nama tercemar. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Bila meniup bara api, Kurang teliti kenalah muka; Bila hidup tiada berbudi, Orang benci Allah pun murka. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Makan pinang ke mari-mari, Kurang kapur tambah cendana; Apa hajat tuan ke mari, Kami juga ingin bertanya. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Menimbang sama kanan dan kiri, Sama disukat sama dikira; Kurang menambah lebih memberi, Sama mendapat rugi dan laba. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |