Kurang bulat sembayan sakar, Akan membubur si kacang gadung; Tanah bersukat jangan diekar, Kalau diekar siapa yang tanggung? | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Kurang kapur tambah cendana, Burung punai atas keranji; Kami juga akan bertanya, Menunai akan segala janji. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Pandang-pandang kanan dan kiri, Melintas jalan berkira-kira; Kurang ringgit boleh dicari, Kurang akal habis bicara. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
Kalau cempaka kurang berbunga, Tanda uratnya sudah membusuk; Kalaulah derhaka ke orang tua, Dunia akhirat kan kena kutuk. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Elok tombak kerana disepuh, Kurang sepuh menjadi majal; Elok anak kerana diasuh, Kurang asuh pasti mendajal. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Apabila bertanak nasinya mentah, Tanda menjerangnya kurang selidik; Apabila beranak budinya rendah, Tanda orang tuanya kurang mendidik. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Jika ada kuih bahulu, Kurang manis seri kaya; Jika saya mati dahulu, Tuan tinggal doakan saya. | Pantun Melayu Sarawak | Setia Kasih |
Bila mencelup kain pelekat, Kurang rata warna ditambah; Bila hidup mempermainkan adat, Orang menista saudara menyumpah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Bila mencelup kain pelekat, Kurang elok diulang lagi; Bila hidup mempermainkan adat, Sebarang duduk orang mengeji. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Bila meniup bara api, Kurang teliti kenalah muka; Bila hidup tiada berbudi, Orang benci Allah pun murka. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |