Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : penyakit kulit berjangkit yg berupa tompok-tompok merah dan bulat dan gatal; ~ anjing kurap yg terdapat pd anjing; berkurap 1. mendapat (menghidap) penyakit kurap; 2. ki cacat, buruk. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kurap I

Peribahasa

Campak baju nampak kurap seperti anak kacang hantu.

Bermaksud :

Orang-orang muda yang tiada memelihara kehormatan dirinya ataupun kehormatan orang lain di jalan-jalan raya.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Pantun

PantunSumberTema
Cakap bukan sebarang cakap, Cakap pandai nampak ilmunya; Kurap bukan sebarang kurap, Kurap bagai kelopak bunga.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Hilir derap mudik derap, Singgah pangkalan gaharu; Bini kurap laki pun kurap, Boleh lawan bergaru-garu.Kurik Kundi Merah SagaJenaka
Sungguh teruk sakit merayap, Merayap siang sampailah malam; Sungguh elok kulit berkurap, Kurap dipandang bagai disulam.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Terpotong pandan ditimpa enau, Patah tangan ditimpa terap; Beruntung badan ditimpa panau, Bertuah badan ditimpa kurap.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan

Kembali ke atas